Ini cara lengkap dan mudah untuk membuat Pai Epal. Anda pasti puas hati dengan hasilnya nanti!

Dah seminggu tergolek je Epal dalam peti ais tak laku. Jadi sebelum epal tu mengecut, apa kata kita jadikannya Pai Epal. Senang sangat resepi ni.

Saya jumpa resepinya di FB maka saya kongsikan kembali untuk anda semua cuba. Inti epal tu persisĀ  seperti rasa inti Pie Mekdi. Terima kasih Puan Liyana Hassan Kerana berkongsi resepi hebat ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan untuk membuat Inti:

  • 3 Biji Epal Hijau dipotong dadu.
  • 3 hingga 4 sudu besar Gula Perang.
  • 1 sudu kecil Serbuk Kayu Manis.
  • 1 sudu besar Mentega.
  • 1/2 sudu besar Tepung Jagung dibancuh bersama dengan 3 sudu besar air.
Baca juga :  Cara untuk membuat Homemade Chilli Flakes yang pasti sedap.

Cara-cara untuk membuat inti:

  1. Panaskan butter dalam kuali kemudian masukkan epal yang dah didadu.
  2. Masukkan gula gerang, serbuk kayu manis dan masak serta gaul-gaulkannya sehingga sebati.
  3. Akhir sekali, masukkan air tepung jagung. Kalau epal tak lembut korang boleh tambah air sikit-sikit sehingga epal lembut, siap!

Bahan-bahan dan cara buat Kulit Pai:

  • Saya guna kulit Pastry jenama KAWAN je. Kalau nak lagi cun berkilat, sapukan telur kuning atas pastry.

Senangkan, selamat mencuba. Terima kasih kepada Sharinaz Redwan empunya resepi asal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.