Budu Tumis ni memang sedap dan pastinya ada peminat yang ramai. Memang pembuka selera yang padu!


Tak tahu kali ke berapa dah saya buat budu goreng ni. Sedap sangat. Senang nak bawa bekal kemana-mana. Yang peminat budu boleh cuba buat. Bahan pun tak banyak. Yang pasti memang tersangat sedap.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 botol budu.
  • 1 kotak kecil santan.
  • Cili api ikut kepedasan yang dikehendaki.
  • Bawang merah.
  • Bawang putih.
  • Serbuk Secukup Rasa Maggi.
  • Santan kotak kecil.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Cili api, bawang merah dan bawang putih perlulah dikisar kasar.
  2. Kemudian, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dikisar kasar tadi sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan budu dan santan. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Akhir sekali, masukan serbuk perasa Maggi. Kacau0akcau sedikit dan masak seketika.
  5. Dah siap. Sambal budu ni boleh simpan kat luar sebab dia tak mudah basi.
Baca juga :  Pasti ada yang merindui makanan ni. Resepi Pepes Ikan yang sedap untuk anda cuba! Pasti puas hati.

Selamat mencuba. Sedapnya lahai! cuba tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.