Cara untuk membuat Sarapan yang mudah. Cekodok Pisang Rangup diluar dan lembut didalam.

Breakfast cekodok pisang. Rangup diluar lembut didalam. Terima kasih kepada Puan Noriza Awang Hamat untuk resepi yang sedap ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 10 biji pisang dilenyek dan ketepikan.
  • 2 sudu besar Planta.
  • 4 sudu besar gula pasir.
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat.
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 2 cawan lebih sikit tepung gandum.

Cara untuk membuatnya:

  1. Semua bahan di atas dimasukkan ke dalam bekas kecuali tepung gandum.
  2. Gaul sebati jangan dikisar yer nanti tak sedap.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum. Perapkan selama 1/2 jam.
  4. Akhir sekali, goreng dalam minyak yang panas dan guna api sedang-sedang je.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuey Teow Sup Chinese Style. Pasti memikat selera anda sekeluarga.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.