Cara untuk membuat Ayam Masak Kicap Mayonis yang sedap sehingga menjilat jari!

Resepi ni Fairuz saja-saja cuba jer. Alhamdulillah kena dengan tekak cik suami dan anak-anak. Makan nasi bertambah-tambah! Resepi ni korang boleh jugak makan dengan ketupat ke,roti ke @ lemang. Kompom menjilat jari hehe. Bahan-bahan dan cara buat pun mudah jer. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Fairuz Abu Hassan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Kicap manis secukupnya.
  • Sos cili secukupnya.
  • Mayonis secukupnya.
  • Bawang putih 5 ulas dicincang halus.
  • Bawang besar (dipotong).
  • Serai 1 @ 2 batang diketuk.
  • Tomato 3 biji (2 biji dicincang halus. Sebiji lagi potong dadu untuk hiasan).
  • Ayam yang telah siap digoreng.
  • Ubi kentang yang telah siap digoreng (ini ikut suka nak letak @ pun tidak).
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Masak Kicap Pedas-pedas manja. Habis nasi kita ratah pun sedap juga!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumiskan serai sehingga garing. Kemudian, masukkan bawang putih dan goreng biar garing.
  2. Bila dah garing, masukkan tomato cincang. Masak sehingga tomato hancur dan tambah sedikit air.
  3. Bila dah hancur, masukkan sos cili, kicap .Nak pedas boleh letak lebih, nak rasa masin manis boleh lebihkan kicap. Gaul sebati.
  4. Bila dah sebati barulah masukkan mayonis. Sukatan ikut suka,l agi banyak lagi pekat kuah. Bila dah sebati mayonis tu, masukkan ayam dan gaul lagi.
  5. Akhir sekali masukkan ubi kentang goreng, tomato yang di potong dadu dengan bawang besar. Masak sampai pecah minyak dan seimbangkan rasa. Bila dah puas hati boleh tutup api.
  6. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara membuat Tepung Menggoreng Pisang yang rangup serta sambal Kicap yang padu

Selamat mencuba.

One thought on “Cara untuk membuat Ayam Masak Kicap Mayonis yang sedap sehingga menjilat jari!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.