Cara dan Resepi Ikan Kembung Percik. Anda pasti puas hati dengan rasanya yang sedap!

Tak tahu nak masak apa? Mehla kita buat percik ikan kembung pula. Ikan percik kelate hok sedak sekali. Tak caya cuba la try. Baru tahu nambah nasi ke tidak. Anak-anak pun lalu makan nasi kalau ada percik ni. Boleh guna untuk percik ikan atau percik ayam juga. Jangan duk save sajo resepi tu tau. Kena cuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Suhasnida Ismail ni. Selamat mencuba.

Bahan A: Perap Ayam/Ikan.

  • 8 ulas bawang putih.
  • 3 batang serai.
  • 1 inci halia.
  • 1 tbsp cili kering kisar.
  • 2 inci kunyit hidup.
  • Sedikit serbuk perasa/aji/pasti sedap.
  • 1 tbsp garam.
  • 1/2 tbsp jintan manis.
  • Secubit belacan (optional).
  • Sedikit air untuk blend.
Baca juga :  Resepi dan Cara Untuk Membuat Ayam Goreng Ala-ala KFC

Bahan B: Bahan Kuah.

  • 8 biji bawang merah size 50 sen.
  • 2 ulas bawang putih.
  • Sehiris halia.
  • 1 tbsp ketumbar biji (sangai).
  • Secubit belacan.
  • 3 tbsp cili kering.
  • 900ml santan pekat.
  • 2 hiris asam limau/asam keping.

Bahan C: Bahan Perasa.

  • 2 tbsp garam bukit.
  • 2 tbsp gula pasir.
  • 2 tbsp gula kabung thai.
  • 1 tsp serbuk perasa/aji/pasti sedap.

Cara-cara Penyediaan:

  1. Kisarkan bahan A dan lumur pada ikan dan perap sejam. Jika guna ayam, lumur pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak.
  2. Blend bahan B dan masukkan dalam periuk.
  3. Masukkan santan pekat dan bahan perasa.
  4. Masak sampai mendidih & pekat.
  5. Bakar ikan atau ayam sampai masak. Salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar. Buat 4x salutan baru percik lagi bertambah sedap.
  6. Kuah percik ni dapat untuk 5 ekor ikan, 1 ekor setengah ayàm size 2kg.
Baca juga :  Cara dan Resepi untuk membuat Acar Buah. Menu mesti ada ketika kenduri.

Selamat Mencuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.