Kami kongsikan kepada anda cara dan resepi untuk membuat Kuih Bakar Pandan sebagai menu minum petang anda. Kena dengan kopi o kaw memang terbaik la. Lagipun sedap dan mudah untuk disediakan. Cuba tau.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nur Aisyah Nasa. Terima kasih.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 8 helai daun pandan.
- 1 cawan air.
- 2 cawan santan.
- 2 cawan tepung gandum.
- 1 cawan gula.
- 3 biji telur.
- 2 sudu besar margerin.
- ½ sudu kecil garam.
- 1 sudu kecil asen vanilla.
- 1 sudu kecil pewarna hijau (optional).
- Sedikit Bijan.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Sebelum membuat adunan, panaskan oven pada suhu 170 darjah. Kisarkan 1 cawan air bersama daun pandan dan tapiskan.
- Masukkan semua bahan kecuali bijan kedalam blender kemudian kisar rata. Tapis adunan dan tuangkan ke dalam loyang yang disapu dengan margerin atau minyak terlebih dahulu.
- Taburkan bijan di atas permukaan adunan.
- Bakar di dalam oven selama 40 minit sehingga permukaan kuih bakar kelihatan garing dan perang. Cucuk kuih bakar dengan lidi, jika lidi bersih bermakna kuih bakar sudah masak.
- Pastikan kuih bakar betul-betul sejuk sebelum dipotong kerana semasa panas kuih bakar sedikit lembik.
Selamat Mencuba.
Saya sangat suka dgn resepi ini