Resepi Kuih Bakar Pandan untuk minum petang anda


Kami kongsikan kepada anda cara dan resepi untuk membuat Kuih Bakar Pandan sebagai menu minum petang anda. Kena dengan kopi o kaw memang terbaik la. Lagipun sedap dan mudah untuk disediakan. Cuba tau.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nur Aisyah Nasa. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 8 helai daun pandan.
  • 1 cawan air.
  • 2 cawan santan.
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan gula.
  • 3 biji telur.
  • 2 sudu besar margerin.
  • ½ sudu kecil garam.
  • 1 sudu kecil asen vanilla.
  • 1 sudu kecil pewarna hijau (optional).
  • Sedikit Bijan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Sebelum membuat adunan, panaskan oven pada suhu 170 darjah. Kisarkan 1 cawan air bersama daun pandan dan tapiskan.
  2. Masukkan semua bahan kecuali bijan kedalam blender kemudian kisar rata. Tapis adunan dan tuangkan ke dalam loyang yang disapu dengan margerin atau minyak terlebih dahulu.
  3. Taburkan bijan di atas permukaan adunan.
  4. Bakar di dalam oven selama 40 minit sehingga permukaan kuih bakar kelihatan garing dan perang. Cucuk kuih bakar dengan lidi, jika lidi bersih bermakna kuih bakar sudah masak.
  5. Pastikan kuih bakar betul-betul sejuk sebelum dipotong kerana semasa panas kuih bakar sedikit lembik.
Baca juga :  Cara untuk membuat Roti Jala dengan mudah dan sedap

Selamat Mencuba.

One thought on “Resepi Kuih Bakar Pandan untuk minum petang anda

Comments are closed.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.