Resepi Bubur Lambuk versi Bulan Puasa

Bubur lambuk bukan menu bulan puasa je ye. Bulan tak puasa pun kita boleh rasa dan buat. Kalau tak setahun sekali je la kita rasa bubur lambuk. Nah, kami kongsikan kepada anda resepi dan cara untuk membuat bubur lambuk yang telah diberikan oleh Kak Yong Asmahan. Kata dia lagi;

Bubur lambuk kak as is done. Sesuai untuk berbuka puasa nanti. Macam-macam versi bubur lambuk. Yang ni paling simple. Rasa tetap win. Yang belum ada menu untuk berbuka, Boleh intai resepi akak nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan berasĀ  direndam selama 20 minit.
  • Setengah Kilo Daging termasuk bahagian berlemak.
  • 1 bungkus Rempah sup.
  • 250 ml Santan.
  • 3 sudu besar Lada hitam.
  • 3 biji Bawang merah.
  • 8 ulas Bawang putih.
  • Halia bersaiz 2 jari.
  • Kentang, Lobak merah, Daun sup, Bawang goreng secukupnya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Ikan Bilis Kacang Buncis. Resepi yang sangat mudah disediakan.

Cara-cara untuk menyediakannya:

  1. Kisarkan bawang-bawang dan halia kemudian tumiskannya sehingga bawang menjadi agak garing.
  2. Masukkan rempah sup dan sambung tumis sehingga rempah masak.
  3. Masukkan daging dan gaul sebati dengan bahan tumisan kemudian baru masukkan beras. Goreng beras seketika sebelum dimasukkan air.
  4. Rebus beras sehingga menjadi lembut. Masukkan santan, garam, Lada hitam serbuk, kentang dan lobak merah. Bila sayur dah lembut, boleh taburkan daun sup dan bawang goreng. Sesuaikan rasanya.

Alhamdulillah, siap dan Bubur Lambuk. Boleh digandingkan dengan ayam dan udang juga. Selamat mencuba.

Baca juga :  Resepi Ikan Percik Putih Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.