Resepi Kuih Serabai yang lembut dan sedap

Kami kongsikan kepada anda resepi dan cara untuk membuat Kuih Serabai yang sangat gebu dan sedap. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Faizah Md. Zain. Terima kasih.

Resepi ini cukup untuk membuat lebih kurang 40 biji kuih serabai. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 cawan tepung beras cap teratai.
  • 1 cawan nasi.
  • 1 cawan santan pekat.
  • 3 cawan air.
  • 2 sudu kecil yis.
  • 4 sudu kecil gula.
  • Sedikit garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan semua bahan-bahan diatas kecuali yis.
  2. Masukkan adunan yang dah dikisar tadi dalam mangkuk dan masukkan yis. Gaul rata hingga sebati kemudian tutup dan peram selama lebih kurang 1 jam.
  3. Panaskan acuan. Jangan lupa oleskan acuan dengan minyak supaya tidak melekat nanti.
  4. Masukkan adunan satu senduk dan tutup dengan penutup periuk. Gunakan api yang perlahan ya. Jangan diterbalikkan. Bila bawah dah bertukar warna kekuningan baru angkat.
  5. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Badak Berendam. Antara kuih popular di Bazar Ramadhan.

Selamat mencuba ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.