Resepi Kek Butter Simple

Minum petang hari ni. Teruja sangat bila kali pertama try resepi mudah, kek menjadi elok. Tq empunya resepi, mohon halalkan. Saya share semula kat sini yer.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. 250 gm Buttercup + 250 gm gula.
  2. 6 biji telur (gred A) + 3 penutup essence vanilla.
  3. 250 gm tepung naik sendiri (ayak).
  4. Acuan kek.

Cara membuatnya:

  1. Mixkan bahan No.1 diatas selama lebih kurang 5 minit.
  2. Masukkan No.2 sikit-sikit sebanyak 3 kali masuk.
  3. Mix sampai telur betul-betul mesra lebih kurang 2 minit.
  4. Masukkan tepung sikit-sikit sebanyak 3 kali masuk. Pastikan semua tepung dah mesra dengan adunan.
  5. Sediakan acuan pembakar. Sapu rata acuan dengan sedikit butter. Taburkan sedikit tepung dan ratakan ke sekeliling acuan.
  6. Masukkan adunan kek. Ratakan dan buat lekuk sikit di tengah supaya bila kek naik dia naik sekata.
  7. Panaskan oven pada suhu 180°. Bila panas masukkan kek dan bakar lebih kurang 40-45 minit.
  8. Ambil lidi sate dan cucuk di tengah kek. Kalau tak ada tepung yg terlekat pada kayu, kek sudah masak.
Baca juga :  Resepi mudah untuk membuat Agar-agar milo Lemak Manis yang memukau selera anda.

Selamat Mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Zaihanififie Abu Bakar. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.