Resepi Kerabu Pucuk Paku Kerang Taugeh. Kerangupan dan kesedapan dalam setiap suapan.

Ermmm… Tak tahannnn… Dah rasmi semangkuk dulu. Teringin lamaaa dahhhh. Kami kongsikan kepada anda resepi Kerabu Pucuk Paku Kerang Taugeh. Kerangupan dan kesedapan dalam setiap suapan. Ni resepi stail kami. Untuk 2 orang makan ja. Simple dan mudah. Kalau suka ratah, ampa buat lebih sikit macam kami hihi. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Erny Yusniza Saad.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 100 g taugeh.
  • 100 g isi kerang yg sudah direbus.
  • Pucuk paku (dicelur).
  • Sedikit belacan*.
  • 1 biji cili merah*.
  • 7 biji cili padi*.
  • 1 sudu teh asam jawa ekstrak*.
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • 1 biji bawang besar*.
  • 2 sudu besar kerisik*.
  • 3 sudu besar pati santan*.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Goreng Kerabu yang sangat terbaik dan mesti dicuba.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Semua bahan bertanda * dikisar tanpa air. Saya guna hand blender ja.
  2. Masukkan taugeh, kerang, kerisik, bahan-bahan yang dikisar tadi dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati. Dah siap.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.