Cara untuk membuat Burnt Cheesecake yang sangat mudah. Rasanya memang padu dan sedap beb!

Kaksue ni tak pandai sangat buat kek,tambah tak berapa minat sebab nak kena basuh bekas bekas kek tu hihi.rasa remeh sangat dan rela g tempah dan beli ajerr la kalau nak makan.jadi kaksue akan choose kek yang senang senang jer,contoh yang guna blender je untuk buat dia.kalau mudah macam ni kita gagah la nak buat.sapa macam kaksue boleh geng.hihi sangat kagum dengan yang pandai buat kek dan memacam kek cantik cantik dia buat

Ni burn cheese cake kaksue buat semalam,mudah gilerr weii sebab pakai blender.menjadi sedap pulakk tu hehe
ni kaksue share resepi mudah,cepat dan sedapp giler. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Suhasnida Ismail. Selamat mencuba.

Bahan- bahan yang diperlukan adalah:

  • 500gm cream cheese.
  • 400ml whipping cream.
  • 400gram gula.
  • 6 biji telur.
  • 4 tbsp tepung gandum.
  • 1 tbsp jus lemon.
  • 1 tsp vanila esen.
Baca juga :  Cara dan resepi untuk membuat Cotton Cheese Cake super gebu gebas

Cara-cara Penyediaan:

  1. Lembutkan sikit cream cheese suhu bilik. Masukkanya dalam blender dan blend bersama semua bahan sehingga halus.
  2. Sediakan loyang size 8 inci dan lapikkan dengan baking paper yang tak melekat.
  3. Curah adunan yang siap di blend ke loyang tadi. Bakar dengan suhu 200 darjah celcius api atas bawah selama sejam. 5 minit terakhir api atas sahaja bagi burn.

Gula tu kalau nak kurang manis boleh reduce ye. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.