Cara Membuat Kerabu Pucuk Paku, Taugeh dan Kerang. Rangup sangat ni!

Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Kerabu Pucuk Paku, Taugeh dan Kerang sebagai pembuka selera anda semasa berbuka nanti. Selamat mencuba.

Ini bahan-bahannya:

  • 250 gram taugeh, 500 gram isi kerang dan pucuk paku yang telah dicelur.
  • Sedikit belacan ditumbuk.
  • 2 biji cili merah juga ditumbuk.
  • 10 biji cili padi juga ditumbuk.
  • 2 biji limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
  • 1 biji bawang besar dan dihiris.
  • 2 sudu besar kerisik.

Cara membuatnya:

  1. Masukkan taugeh, kerang, kerisik, bahan-bahan hiris dan bahan-bahan tumbuk dalam mangkuk. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
  2. Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kemudian digaulĀ  sebati sekali lagi.
  3. Siap dan bolehlah dihidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi impit Goreng / lontong darat. Bakal menjadi kesukaan anda sekeluarga!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.