Cara untuk membuat Roti Paratha berinti Sardin yang mengenyangkan.

Jom kita buat roti paratha berintikan sardin yg mudah dan cepat cara penyediaan tapi membuahkan hasil yang memuaskan. Saya lebih suka guna roti jenama Tisha’s sebab pastri yang sangat rangup. Petang semalam saya guna jenama lain tapi tekstur tak cantik dan tak berapa rangup. Resepi ini tlah dikongsikan oleh Puan Sarimah Ismail. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 10 keping roti paratha.
  • 1 paket/tin sardin (lebih kurang 6 ketul) dimasak sebentar tanpa minyak untuk dikeringkan kuahnya.
  • 10 keping keju.
  • 1 biji besar bawang holland dipotong dadu.
  • 1 biji ubi kentang dipotong dadu dan rebus, ketepikan.
  • 3 biji cili api dihiris.
  • 1 biji telur dikocak.
  • Sedikit garam.
  • 1/2 biji jus limau nipis jika suka.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Keluarkan roti paratha dari peti sejuk beku. 6 keping diletakkan di bahagian bawah dan 4 keping dikeluarkan terus.
  2. Di dalam bekas masukkan sardin yang telah hancur tadi, bawang, ubi kentang, cili api, telur dan sedikit dahulu garam. Seperti biasa jika rasa kurang masin boleh tambahkan sedikit lagi garam dan gaul sebati.
  3. Di atas pinggan letakkan 1 keping rotiĀ  kemudian letaklah 1 keping keju, 1 sudu besar inti dan lipat segi empat tepat. Setelah siap masaklah samada dengan menggunakan Air Fryer dengan suhu 170 darjah selama 9 atau 10 minit (tengok jenis AF). Jangan lupa setelah 7 minit pertama terbalikkan bahagian 1 lagi dan masak lagi 2atau 3 minit. Teksturnya akan jadi sangat cantik dan rangup.
  4. Boleh juga digoreng di atas minyak yang banyak. Masa melipat roti dah boleh panaskan minyak. Boleh juga dimasak atas kuali non stick seperti masak roti canai tu.
  5. Keluarkan lagi 3 keping dan buat proses yang sama. Dah siap terus masuk AF @ goreng. Roti tak boleh dibiarkan lama sebab akan jadi lembik dan melekat. Susah diangkat walaupun sudah dilapik dengan plastik dan diletak sedikit tepung.
  6. Ulang proses yang sama untuk baki 4 keping lagi roti. Selamat mencuba ya adik kakak dan anak-anak.
Baca juga :  Sup Cendawan yang sedap ni kalau dah rasa memang asyik mengulang tambah je. Cicah roti memang terbaik!

Jika tak suka inti sardin boleh guna inti karipap atau inti samosa. Saya guna inti sardin sebab lebih cepat. Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.