Cara untuk membuat Ayam Goreng Pandan. Berjus dan sangat enak sebagai menu utama anda!

Jeng jeng jeng. Dengan eksennye diiystiharkan, AYAM BERSELIMUT PANDAN saya menjadi sangat dan sedap. Simple je cara untuk membuatnya. Mujur ada skill membalut ketupat palas. Jadi saya pun balut ayam saya guna teknik tu la. Insha Allah anda semua mampu buat juga. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Liyana Hasan. Terima kasih dan selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500g fillet ayam dipotong kiub.
  • 1 biji bawang merah*.
  • 1 inci halia*.
  • 3-5 ulas bawang putih*.

Bahan bertanda * tumbuk lumat.

  • 1 sudu kecil serbuk biji ketumbar dan 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis dan 1 sudu kecil lada putih.
  • 1 sudu besar gula perang.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 1 sudu besar kicap cair (guna kicap biasa je).
  • 1 sudu kecil minyak bijan.
  • Daun Pandan secukupnya, kalau tak ada ni tak jadilah Ayam Berselimut Pandan kan?
  • Lidi kayu untuk mengikat balutan nanti.
Baca juga :  Cara mudah untuk membuat Tofu Jepun atau Tofu Telur hanya dengan 3 Bahan Sahaja.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gaul isi ayam dengan bahan yang dah ditumbuk tadi bersama sos & juga rempah. Perapkan ayam dalam peti ais selama 2 hingga 3 jam, lagi best perap semalaman. Oh ya, kalau nak pedas korang boleh la tambah serbuk cili ke, lada hitam. Saya buat tak pedas sebab nak makan dengan sambal belacan.
  2. Part membalut ni takyah pening kepala, ikut kreativiti korang je. Nak gulungkan pun boleh. Saya balut style macam buat ketupat palas gitu. Comel tak?
  3. Korang boleh bakar dalam minyak penuh, deep fried atau boleh guna Air Fryer. Waktu ni bau semerbak satu rumah tau. Tapi saya masak atas pan je, tutup kejap pan guna penutup bagi ayam separuh masak & bukak penutup untuk bagi air wap kering & garing. Siap!

Boleh makan cicah dengan sos atau makan begitu saje pun sedap. Selamat mencuba!

Baca juga :  Resepi Ayam Masak Masam Manis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.