Resepi Blueberry Cheesecake

Selamat malam sahabat semua. Siapa suka Cheesecake Blueberry kita geng. Resepi saya ambil dari FB cuba ya sedap.

Bahan-Bahan (Base Biskut):

  • 100g biskut marie, dihancurkan.
  • 100g butter, dicairkan

* Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat.

Bahan-Bahan (Cream cheese):

  • 250g cream cheese, suhu bilik.
  • 65g whipping cream.
  • 30g gula kastor.
  • 3 kuning telur Gred A.
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 sudu teh jus lemon/lemon oil.
  • 3 putih telur Gred A.
  • 1/4 sudu teh cream of tartar (optional).
  • 200g blueberry filling.

Cara Membuatnya:

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik.
  2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana.
  3. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut.
  4. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku.
  5. Ambil satu senduk meringue dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese. Ambil lagi sesenduk dua meringue dan kaup balikkan perlahan-lahan dalam adunan cream cheese. Buat dalam 3-4 kali.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar.
  7. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake untuk 1 jam.
  8. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Lapis. Boleh dijadikan kuih untuk berbuka nanti!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Umi CT Sha Abdullah. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.