Gebunya kan kek ni? Jom ikuti cara mudah dan lengkap untuk membuat Butter Sponge Cake!

Cara untuk membuat Butter Sponge Kek yang sangat lembut dan gebu. Setiap suapan pasti membuatkan anda berpuas hati. Resepi ini telah dikongsikan oleh Page Apa Kau Rasa. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 biji kuning telur.
  • 45 gram unsalted butter.
  • 45 gram susu.
  • 10 gram jus lemon.
  • 65 gram tepung kek.
  • Secubit garam.
  • 4 biji putih telur.
  • 55 gram gula.
  • Secubit cream of tartar.
  • 1 sudu teh vanilla extract.
  • 6″ loyang / 7″ loyang bulat.

Cara-cara penyediaanya:

  1. Didalam pot, panaskan butter sehingga muncul sedikit gelembung-gelembung. Matikan api. Tambahkan 2/3 daripada jumlah tepung yang di perlukan. Kacau hingga sebati.
  2. Tambahkan susu dan vanilla extract, teruskan kacau. Masukkan lemon juice dan kuning telur. Akhir sekali tambahkan baki tepung tadi kedalam adunan dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan putih telur ke dalam mangkuk mixer dan pukul hingga berbuih sedikit. Masukkan garam dan cream of tartar dan gula secara berperingkat dan pukul lagi hinga menjadi meringue tahap lembut bertanduk.
  4. Tambahkan 1/3 Meringue ke dalam adunan kuning telur dan gaulkan menggunakan hand whisk sehingga sebati. Tuangkan baki adunan kuning telur ke dalam putih telur dan gaul hingga sebati. Gunakan spatula untuk menggaul.
  5. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah di lapik dengan kertas baking dan bakar menggunakan teknik water bath di dalam oven bersuhu 155°C selama 70 minit. Bila dah msak biarkan dalam oven selama 10minit (oven dah mati).
  6. Keluarkan dari loyang dan siap untuk di nikmati.
Baca juga :  Kek Marjerin ni pastinya bakal mengamit kenangan lama anda. Kesukaan Mak Ayah kita dulu-dulu!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.