Cara untuk membuat Mee Sanggul Goreng Basah. Kesedapan yang lain dari yang lain. Mesti cuba tau!

Salam semua. Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Mee sanggul goreng basah. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Boleh la kita buat untuk sarapan esok pagi. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 Mee Sanggul direbus @ rendam sehingga lembut dan toskan.
  • Udang secukupnya dan dicuci bersih.
  • Telur 4 biji.
  • Bawang Putih 4 ulas diketuk.
  • Tomato 1 biji dibelah 4.
  • Kucai dan Taugeh secukupnya.
  • Cili Kisar 7 sudu besar.
  • Sos Tiram 4 sudu besar.
  • Sos Cili 4 sudu besar.
  • Sos Tomato 4 sudu besar.
  • Kicap Manis secukup rasa.
  • Serbuk Perasa jika perlu.
Baca juga :  Cara dan Resepi Untuk Membuat Mee Rebus. Kemanisan dan kepedasan kuahnya pasti memukau selera anda!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga sedikit keperangan. Kemudian, masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan udang dan gaulkan sehingga udang masak.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis dan serbuk perasa. Gaulkan sekata kesemuanya.
  4. Masukkan tomato dan pecahkan telur didalam kuali. Gaulkan sebati.
  5. Masukkan mee sanggul, taugeh dan kucai. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan masak seketika.
  6. Angkat dan siap untuk dihidang.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Baca juga :  Resepi Sambal Kicap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.