Resepi Mudah untuk membuat Kek Marble Susu yang sangat gebu.

Alhamdulillah sementara menunggu doh roti lmbut kita buat sebiji kek. Selamat mencuba ya. Resepi ni asalnya adalah dari Julia ALeen Aireish dan dioleh oleh Faizah Awang. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 180 gm mentega dicairkan dahulu.
  • 5 biji telur saiz A atau 6 biji bersaiz gred B.
  • 16 gm ovalette.
  • 135 gm gula kastor.
  • 116 gm susu pekat manis.
  • 30 gm susu segar.
  • 26 gm susu tepung.
  • 220 gm self raising flour.
  • 1 sudu teh esen vanila.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan semua bahan KECUALI mentega cair. Putar perlahan 1-2 minit, kemudian naikkan kelajuannya.
  2. Putar hingga putih kembang gebu kemudian masukkan mentega cair putar perlahan guna speed no.1 hingga sebati.
  3. Asingkan beberapa sudu besar adunan asal dan warnakan ikut citarasa untuk lorek marble.
  4. Loyang saiz 8 inci, sapu mentega dan lapik dengan baking paper. Tuang adunan tadi ke dalam loyang, kemudian lorekkan marble dengan adunan yang berwarna. Corak ikut kreativiti sendiri.
  5. Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar pada suhu 160 darjah selama 60 minit atau ikut kesesuaian oven masing-masing.
  6. Apabila dah masak terus keluarkan dari oven terbalikkan kek di redai.
Baca juga :  Cara dan resepi untuk membuat Cotton Cheese Cake super gebu gebas

Sedia untuk dinikmati, kek yang lembut gebu dan lembap. Selamat mencuba ya semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.