Cara untuk membuat Sambal Ikan Bilis Kacang Buncis. Resepi yang sangat mudah disediakan.


Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Sambal Ikan Bilis Kacang Buncis. Resepi yang sangat mudah disediakan. Menu ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Kacang buncis 10-15 batang.
  • Bawang besar 1 labu.
  • Ikan bilis ½ cawan dibersihkan.
  • Serbuk perasa.
  • Garam jika perlu.
  • Gula.
  • Serbuk kunyit sedikit.

Bahan-bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar.
  • 3 ulas bawang besar.
  • 10 batang cili kerinting.
  • Sedikit belacan (jika mahu).

Cara-cara untuk memasak:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis serai dan masak sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Perlahankan API supaya cilinya betul2 masak.
  3. Masukkan ikan bilis, Gaulkan sehingga ikan bilis masak.
  4. Masukkan serbuk perasa, serbuk kunyit dan kacang buncis. Gaulkan kesemuanya sehingga rata dan biarkan ianya masak seketika.
  5. Angkat dan siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  kan Siakap Bakar Portugis yang mengasyikkan selera anda ini berbaloi untuk dicuba!

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.