Resepi kacang tanah bersalut tepung sedap untuk kudap-kudap. Selamat mencuba! Resepi diambil dari Google, page Dari Dapur Kak Tie, dan diolah sendiri.
Bahan-bahan:
- 500g kacang tanah ( sy guna 600g ).
- 1 sudu besar serbuk cili.
- 2 biji telur.
- 2 sudu kecil garam.
- 2 sudu besar gula.
- 5 ulas bawang putih ( sy guna 7biji, ditumbuk )
- 5 sudu besar tepung gandum.
- 1 sudu besar tepung beras.
Cara-cara:
- Basuh kacang tanah sehingga bersih dan toskan.
- Bakar kacang tanah separuh-separuh guna air fryer pada suhu 180° 5minit. ( Supaya kacang yg dibasuh kering dan separuh masak ).
- Campurkan bahan no 2, 3, 4, 5 dan 6.( Kacau sehingga garam dan gula hancur.
- Masukkan bahan no 7 dan 8. Gaulkan kesemuanya. Masukkan kacang dan gaul lagi sehingga semua kacang bersalut tepung.
- Panaskan minyak. Masukkan kacang dan kacau kacang dalam minyak supaya tidak berketul dan bergumpal.
- Bila kacang dah keperangan, angkat dan toskan minyak. Biarkan sejuk.
- Boleh lah masukkan ke dalam bekas kedap udara.
Bila dah siap, Zaid pun tanya, ummi tu nak bagi kat orang ka? Dakk…ummi buat untuk Zaid lah. Zaid : It so tasty! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ilham Syuhada Azizan. Terima kasih.