Musim petai kembali lagi, Jom kita buat sendiri Petai Jeruk sebagai menu pembuka selera anda!

Dekat 12 tahun kawin, Selalunya tinggal makan jek MIL buat (Pandai makan pon sejak kawin dengan suami). Tapi harini tengok live suami buat sendiri.

Nampak macam mudah, tapi hakikatnya banyak stepnya.

Cara untuk membuat Petai Jeruk

  1. Basuh Petai dulu. Didihkan air, dah mendidih masukkan petai untuk direbus.
  2. Dah nampk kulit petai bertukar warna nak kekelabu macam dalam gambar, angkat dan toskan airnya.
  3. Agak-agak dah boileh pegang petai yang ditoskan tadi keluakan isinya. Jadi macam kacang rebus gitu. Step paling best pada saya.
  4. Sambil tu rendam petai yang dah dipisahkan dari kulit tu dengan air biasa.
  5. Dah siap semua, basuh-basuh petai tadi. Buang lendir-lendir atau kulit yang terikut time pisahkan petai dengan isi tadi, pastu toskan pakai penapis.
  6. Lepas tu suami saya biarkan semalaman untuk biakan air rebusan tu betul-betul kering (biar rangup petainya).
  7. Akhir sekali, masukkan petai dalam balang, rendam dengan air masak biasa (lebihkan air dari isi petai) pastu letak garam kasar kat bahagian atas sahaja. Pakai garam kasar lagi sedap. Kalau takde, pakai garam biase je. Pastu bubuh lah cili api 5 biji dan ejas kesesuaian pedas kalau suka. Kalau tak suka pedas tak letak pun takpe.
  8. Selepas 3 hari, rasalah sebijik. Kalau tak masin tambah garam lagi.
  9. Lepas semiggu, bolehlah mengadap makan dengan nasi panas. Konfem tak toleh kiri kanan dah lepas tu.
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Cili Hijau bersama Petai Rangup. Hidangan pasti licin!

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Zila KJ. Terima kasih.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.