Cara untuk membuat Air Cendol dengan mudah. Puas makan sendiri!

Lunch semalam gi kedai nak kasi mask kat kakak. Tak sangka dapat resepi cendol dari pekerja dia. Jadi terus buat petangnya tu jadi arini Shida share resepi kat korang. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Shida Ambok. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1.5 kg Cendol segera.
  • 1 tin susu sejat.
  • 1 tin santan pekat.
  • Secubit garam.
  • Gula melaka /Gula merah secukupnya.
  • Ais secukupnya.

Cara-cara membuatnya:

  1. Nak lebih padu pakai santan kelapa parut yang diblend sampai jadi halus dan ditapis perah ambil santannya. Tapi Shida pakai santan kotak je la.
  2. Ambil 1 tin susu sejat campur dengan santan pekat tadi anggaran 1 tin. (Nisbah 1 kepada 1).
  3. Kacau dan campurkan secubit garam untuk naikkan rasa.
  4. Cairkan gula melaka/ gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
  5. Untuk penyediaan isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera. Lebih sedap ditambah ais.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Mi Celup Thai yang padu dan sangat sedap.

Senang je rupanya. Tapi rasa dia mengancam betul. Buat petang tadi one shot habis terus. Anak-anak semua cakap sedap. Nanti korang try la juga k.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.