Resepi Stok Pes Ikan Bakar Segera. Sangat memudahkan bila kita teringin nak makan ikan bakar!

Pes ikan bakar homemade ini boleh digunakan untuk ikan kegemaran anda. Memang senang, pilih sahaja ikan kegemaran anda, dan sapukan pes ini semasa membakarnya. Dapat pula cicah dengan air asam! Memang padu!

Bahan-bahan:

  • 2 inci lengkuas
  • 3 inci halia
  • 5 batang serai
  • 8 biji bawang merah
  • 1 biji bawang Holland
  • 1 sudu udang kering jika tidak boleh guna belacan
  • 8 biji cili padi (terpulang pada tahap kepedasan)
  • 3 biji cili merah
  • 3 helai limau purut
  • Cili boh
  • Asam keping
  • Garam/ Gula
  • Serbuk perasa

Cara Penyediaan:

  1. Kisar semua bahan sampai lumat.
  2. Tumis dengan minyak yang agak banyak. Selepas itu masukkan cili boh 4 hingga 5 sudu.
  3. Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan asam keping.
  4. Tumis sampai pecah minyak. Siap!
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Bawal Goreng masak masam-masam manis. Sangat enak dan padu!

Cara Bakar Ikan:

  1. Sebelum bakar ikan lumur sahaja atas ikan.
  2. Letak ikan dalam pembungkus aluminium. Balut kemas dan bakar atas dapur atau oven.

Info:

  1. Sesuai juga untuk udang dan sotong.
  2. Pes tahan sehingga 1 hingga 2 minggu di luar peti ais.

Sumber: Rasa

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.