Resepi dan cara lengkap untuk membuat Daging Masak Hitam Nasi Kandar. Padu dan terbaik dari ladang!

Daging Masak Hitam Nasi Kandar. Masa zaman kecil dulu rumah berjiran dengan mamak nasi kandar dari india. Hari-hari bau sampai terliur. Mak belajar buat resepi ni. Masa tu saya baru umur 5 – 6 tahun. Mula pandai masak lauk ni umur 9 tahun.  Resepi untuk sekilo daging ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Hajar Bt Adam. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 biji bawang ptong nipis.
  • 1 biji tomato belah 4.
  • 3 paket kari daging babas.
  • 2 paket cabai serbuk.
  • 1 botol kicap manis kipas udang.
  • Halia satu inci katok je.
  • Air satu cawan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gaul semua bahan-bahan diatas kemudian perap daging bersama ramuan tadi lebih kurang setengah jam. Kalau nak pedas tambah je serbuk kari tu dengan cabai serbuk.
  2. Masuk minyak kemudian masuk daun kari dan dua sudu garam masala dan tumiskan.
  3. Kemudian, masukkan bawang satu biji yang telah di mayang. Bila bawang dah layu semua baru masukkan bahan perap tadi. Tutup sehingga daging kita masak dan kuah pekat elok.
  4. Akhir sekali taburkan daun ketumbar, bawang sebiji belah 4, tomato sebiji belah 4 dan cabai hijau. Garam dan gula dah tak payah sebab dah ada kicap tadi. Kalau rasa suka manis tambah gula mengikut selera anda.
  5. Api jangan kuat sangat sebab nak bagi bawang tu hancur daging lembut. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara memasak Kuah Sizzling Yee Mee yang super enak dengan hanya menggunakan kuali sahaja!

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.