Resepi dan Cara untuk membuat Pau Kukus Gebu Gebas

Resepi Pau Kukus Gebu Gebas. Selamat mencuba. Mesti korang geram tengok kegebuan pau korang nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 sudu minyak masak.
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu besar mauripan atau yis.
  • 2 sudu besar susu pekat.
  • 1 sudu besar gula.
  • Setengah cawan air suam.
  • Sedikit garam.

Cara untuk membuatnya:

  1. Satukan yis, air suam dan gula dalam mangkuk. Kacau dan biarkan 10 minit hingga berbuih.
  2. Dalam mangkuk berlainan masukkan tepung, susu pekat, garam dan minyak masak kemudian gaul kesemuanya hingga sebati.
  3. Masukkan pula campuran yis dan uli hingga menjadi doh. Kemudian bentukkan doh tadi menjadi bulat-bulat. Ni saya dapat 10 biji saiz macam dalam gambar. Biarkan doh naik. Tutup dengan plastik.
  4. Leperkan doh kemudiab boleh masukkan inti dan biarkan doh mengembang sekali lagi.
  5. Kukus pau selama 10 minit je. Api sederhana besar (jangan lebih nanti pau berkedut).
  6. Balut dan tutup tempat kukusan dengan kain. Selepas 10 minit tu angkat sekali dengan periuk kukusan tu dulu baru bukak tudungnya untuk elak pau berkedut.
  7. Siap dan sedia untuk dijamu atau dihidangkan.
Baca juga :  Roti Paung Ni Kalau Buat Minum Petang Cicah Dengan Teh O Panas atau Kopi O Panas memang terbaik la!

P/s : Saya bubuh pelembut roti sedikit.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Irah Anje. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.