Cara untuk membuat Pau Kampung berinti Kastard yang akan mengamit kenangan lama anda. Sedap pun sedap tau.

Cara untuk membuat Pau Kampung berinti Kastard yang akan mengamit kenangan lama anda. Sedap pun sedap tau. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cyda Syukur. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 250 gram atau 2 cawan tepung Gandum.
  • 3 sudu besar gula.
  • 1 sudu teh baking powder.
  • 1/2 cawan air. Kalau kurang boleh tambah.
  • 1 sudu kecil atau 1/2 paket yis.
  • 30 gram atau 2 sudu besar shortening atau 2 sudu besar minyak.
  • 1/4 sudu garam halus.
  • Pewarna kuning campur oren.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali air dan pewarna. Kacau sehingga sebati. Kemudian baru masukkan air yang dicampur pewarna sedikit demi sedikit sambil menguli tepung sehingga jadi doh yang tak melekat ditangan.
  2. Bila dah siap doh, biarkan ia mengembang 2 kali ganda kemudian tumbuk-tumbuk untuk buang angin dalam doh tu. Kemudian Boleh timbang doh 30 gram sehingga doh habis ditimbang. Habis timbang semua baru doh tadi diisi dengan inti kastard. Biar doh naik dalam 15 minit sebelum dikukus.
  3. Bila kukusan dah mendidih kecilkan api dan biarkn 5 minit baru letak doh pau tadi. Penutup pengukus hendaklah d balut dengan kain. Kukus pau tadi selama lebih kurang 7 minit. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Kuih Telaga Emas ni memang kuih lagenda tau. Bagi yang pernah rasa pasti teringat akan kesedapannya!

Bahan untuk membuat Inti kastard:

  • 1 cawan susu cair.
  • 2 sudu besar tepung kastard.
  • 2 sudu besar susu pekat.
  • 1 biji telur.
  • 2 sudu besar gula.
  • 1 sudu kecil esen vanilla.
  • 1 sudu besar marjerin.

Caranya mudah sahaja. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan kacau hingga sebati. Kemudian, tapiskan adunan dalam periuk dan masak guna api kecil sampai adunan tadi bertukar menjadi pekat berkrim. Kena sentiasa kacau dan jangan tinggal eh. Nanti berketul-ketul. Bila dah siap, tutup api dan masukkan marjerin kemudian kacau hingga sebati. Siap.

Baca juga :  Cara untuk membuat Kek Batik Coklat dengan 4 bahan sahaja. Rasa memang terbaik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.