Cara buat Pau Goreng Kacang Merah paling gebu dan senang disediakan!

Cara buat Pau Goreng Kacang Merah paling gebu dan senang disediakan! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ida Zaida. Selamat mencuba.

Bahan A:

  • 1 paket yis kering mauripan.
  • 2 sudu besar susu pekat.
  • Anggaran 1 cawan air suam.
  • 2 sudu gula.

Campur semua bahan A dan biarkan sehingga berbuih.

Bahan B:

  • 4 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu besar marjerin.
  • 2 sudu teh baking powder.
  • 1 sudu teh garam.

Ramas semua bahan hingga jadi seperti serbuk roti.

Bahan C:

  • Setengah cawan susu Full Cream/Fresh Milk

Cara-cara:

  1. Kemudian campurkan bahan A+B+C dan uli.
  2. Perap sekejap bagi kembang. Selepas tu tumbuk buang angin.
  3. Bentukkan doh bulat-bulat dan masukkan inti kacang merah.
  4. Agak-agak doh mengembang hampir 2 kali ganda saiz asal boleh mula menggoreng dengan api sederhana. Pastikan minyak betul-betul panas.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Bengkang Ubi Kayu

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.