Resepi dan Cara Membuat Bubur Butir Nangka

Bubur kesukaan encik suami. Kuih butir nangka. Kalau di bulan puasa, kuih ni lah yang pastinya dibeli sebagai juadah berbuka puasa. Kena pulak hari hujan camni memang sesuai untuk minum petang bubur berkuah dan makan panas-panas atau sedikit suam. Manisnya sedang-sedang elok je ditambah dengan aroma biji halba dan pandan memang terasa sungguh sedap.

Resepi Bubur Butir Nangka. Abaikan warna tak cantik dan suka pakai pandan original je.

Bahan-bahan untuk Butir Nangka:

  • 2 cawan tepung pulut.
  • 1 cawan air.
  • 2 helai daun pandan (ambil pati air pandan sahaja).
  • Pewarna hijau.
  • Air untuk merebus secukupnya.

Bahan-bahan untuk kuah:

  • 1 biji santan kelapa (800ml).
  • 1/2 cawan gula pasir (kalau nak manis lebihkan).
  • 1/2 sudu teh halba.
  • 1 sudu teh garam.
  • 2 helai daun pandan.

Cara Memasak Kuah:

  1. Satukan kesemuanya kedalam periuk.
  2. Sentiasa kacau hingga mendidih. Jangan sampai pecah minyak.
  3. Ketepikan.
Baca juga :  Cara dan resepi lengkap untuk membuat Bubur Lambuk Cara Terengganu.

Cara nak buat Butir Nangka:

  1. Campurkan 2 cawan tepung pulut dengan 1 cawan air. Uli hingga sebati.
  2. Bahagikan adunan kepada 2. Warnakan satu adunan dengan warna hijau, & satu lagi dibiarkan putih.
  3. Jerang air 3/4 periuk + daun pandan hingga mendidih, gentelkan adunan tadi menjadi bentuk bujur sebesar jari manis.
  4. Celurkan kedalam air mendidih. Buat sampai habis adunan.
  5. Butir Nangka yang dah masak akan timbul & terapung. Sejatkan & masukkan ke dalam kuah.
  6. Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba ye.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Shai Anne Ahemed. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.