Sedapnya coklat cupcake! Ok. Coklat cupcake ni antara yang paling banyak permintaan sejak saya mula menceburkan diri dengan baking kecilan ni. Rasa moist-moist dan sedap. Boleh buat untuk niaga. Sesuai dinikmati bila-bila suka. Malam pun boleh tapi jangan jerit kalau gemokkk. Hihihi
Resepi Coklat Cupcake. Bahan yang diperlukan:
- 2 biji telur gred B.
- 2 cawan gula castor.
- 1 cawan serbuk koko.
- 1 cawan minyak.
- 1 cawan susu cair / susu segar / susu full cream.
- ½ sudu teh garam.
- 2 cawan tepung gandum.
- 2 sudu teh soda bikarbonat.
- 2 sudu teh baking powder.
- 1 cawan air panas.
Putar semua bahan mengikut urutan dari atas sehingga sebati. Masukkan pada acuan cupcake. Panaskan oven 170°c selama 10 minit. Masukkan adunan ke dalam oven dan masak selama 40 minit atau sehingga masak. Guna api atas bawah.
Resepi topping coklat (coklat ganache):
- 300g coklat compound/ coklat coin – ruby guna berly’s.
- 200g whipping cream (UHT pun boleh, non diary pun boleh. Ruby guna value pride je).
- 1 sudu besar butter (untuk efek nampak berkilat).
Cara menyediakannya:
- Dengan cara double boil, panaskan whipping cream sehingga agak-agak panas tapi jangan sampai mendidih ye. Api perlahan sahaja.
- Kemudian masukkan coklat dan gaul sebati. Kalau guna coklat compound, potong-potong dulu supaya cepat dan mudah cair.
- Bila dah sebati dan takde ketulan, tutup api dan alihkan mangkuk coklat dari periuk berisi air tadi. Masukkan butter pada campuran coklat tadi dan gaul sebati.
- Biarkan sejuk dan coklat agak kental, barulah pipekan mengikut bentuk yang digemari. Selamat mencuba!
Share jika bermanfaat. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ruby Dzul. Terima kasih.