Resepi Roti John Cheese Leleh Inti Lebih yang sangat padu!

Setiap kali Ramadhan mesti femes sangat Roti John ni. Anak-anak Kak Za pun suka makan. Daripada nak beratur panjang membeli roti John ni, lebih baik kita buat je sendiri kan. Haa, jom kita buat. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Iza Abu Bakar.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 biji telur (dipukul).
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih.
  • 1 sudu besar serbuk rempah kari.
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu).
  • 2 biji bawang putih (dipotong dadu).
  • Roti panjang (dibelah 2).
  • Kobis (dihiris nipis).
  • Kepingan cheese.
  • Mayonis.
  • Sos cili.
  • Ayam cincang/daging cincang.
  • Garam secukupnya.
  • Minyak masak.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging kisar atau ayam cincang, serbuk kari, serbuk lada putih dan garam secukupnya. Kacau sebati dan biarkan sehingga ayam masak. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
  2. Pukul telur sehingga berbuih dan masukkan inti ayam tadi. Kacau rata hingga sebati.
  3. Potong roti kepada dua bahagian, tapiii jangan sampai putus ye. Sapukan permukaan roti dengan butter atau marjerin dan grillkan atas kuali sekejap dan angkat.
  4. Kemudian masukkan sedikit minyak di dalam pemanggang dan tuangkan inti secukupnya supaya ia melebar lebih besar daripada saiz roti. Biarkam seketika.
  5. Letakkan kepingan cheese di atas inti tadi. Ambil roti yang dibelah tadi dan terlangkupkan di atas inti. Tekan tekan sedikit dan biarkan masak sebentar.
  6. Bila dah masak, balikkan roti seketika dan angkat. Letakkan mayonis, sos cili dan kobis yang telah dihiris nipis. Potong la roti pada beberapa bahagian. Dah siappp.
Baca juga :  Cara untuk membuat Asam Pedas Melaka

Selamat mencuba ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.