Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api bersama ikan bilis. Juadah yang mesti dicuba oleh anda sekeluarga!


Menu org dulu-dulu. Pisang muda masak lemak cili api campur bilis & tempoyak. Nostalgia sangat-sangat. Say hai orang Negeri Sembilan.

Resepi dibawah sekiranya rindu air tangan mak-mak atau arwah mak kita. Fav saya sangat-sangat, arwah mak selalu masakkan menu ni untuk kami.

Bahan yang diperlukan:

  • Pisang muda. Cuci bersih dan potong seperti dalam gambar diatas kemudian rendam dengan air garam dan asam keping. Saya guna pisang emas. Kalau ada pisang kapas lagi sedap.
  • Cili api, kunyit hidup ditumbuk.
  • Tempoyak (ikot suka korang letak banyak mana).
  • Asam keping & ikan bilis.
  • 1 biji setengah Kelapa parut. Perah amik pati santan.
Baca juga :  Jom cuba menu Ayam Bakar Rosemary hanya guna Air Fryer sahaja!

Cara membuatnya:

  1. Pisang tu ikot korang nak banyak mana. Kalau lebih dari sesisir jangan lupa lebihkan kelapa. Biar betul-betul pekat kuah gulai korang nanti.
  2. Sediakan kuali. Masukkan santan, asam keping, cili api, ikan bilis & pisang.
  3. Masak kacau sehingga mendidih. Agak-agak pisang hampir lembut masukkan tempoyak. Pastikn garam secukup rasa.
  4. Siap dan selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan SuiSan Aliezsha. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.