Resepi Kek Karamel Coklat Moist

Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Kek Karamel Coklat Moist yang super sedap ini. Cubalah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Aila. Terima kasih.

Untuk membuat gula hangus:

4 sudu makan gula dicairkan atas loyang. Dah cair layang-layangkan loyang biar dia sebati. Ketepikan bagi sejuk. Nanti proses nak sejuk ada bunyi retak-reatk tu jangan lari. Dia memang macam tu.

Untuk membuat karamel:

  • 2 keping roti buang kulit tepi.
  • 1 tin susu cair.
  • 3 biji telur ayam.
  • Sedikit serbuk vanilla.
  • 4 sudu susu pekat

Semua bahan-bahan ni dikisar sampai halus then tapis masuk ke gula hangus tadi. Kukus dalam 25 minit. Nanti dia naik sikit tapi jangan panik sebab dah masak dia surut semula.

Baca juga :  Resepi dan Cara untuk Membuat Aiskrim Malaysia perasa Vanilla Coklat

Untuk kek coklat moist:

  • 1 cawan susu cair.
  • 1 cawan gula.
  • 3/4 cawan susu pekat (kurangkan sikit kalau x nak manis).
  • 1 cawan minyak masak.
  • 1 cawan serbuk koko.

Saya guna cawan metrik. Masak atas api sampai cair,l ikat dan pekat. Agak-agak je. Dah sejuk suam sikit masukkan secawan tepung naik sendiri. Last masukkan 4 biji telur yang dah di blender siap-siap sampai kembang tadi. Balik kaup je takyah gatal-gatal guna mixer.

Bila dah setel semua, karamel pun dah masak baru tapiskan bahan kek tadi atas karamel. Masak semula sampai masak dalam 40 minit. Siap masak sendengkan loyang lap-lap air gula bawah tu. Kalau tak kek basah tak sedap. Telangkupkan kek dan cepat-cepat lap guna tisu.

Baca juga :  Cara dan Resepi Untuk Membuat Cream Puff Custard

p/s : Kejayaan besar bila terbalikkan kek keramel tak pecah. Macam buat kek karamel pelangi jugak. Bila terbalikkan kek then karamel pecah perasaan dia hampa, sedih macam baru lepas kena buang kerja, lonely, hilang wallet lebih kurang la. Selamat mencuba.

Sumber utama karamel dari FB. Try and error ni paling senang dan sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.