Cara Untuk Membuat Kimchi

Ramai orang yang Makin suka makanan Korea. Dan saya memang hantu makanan Korea. Paling basic resepi kene tahu makan. Ni adalah resepi yang saya buat untuk kimchi. Ada 4 stage kene prepare ya.

Stage pertama: Kubis Cina

  1. Potong Kubis mengikut saiz yang dikehendaki. Kalau tradisionalnya. Depa selalu belah dua je tapi saya nak mudah makan potong terus kecik-kecik.
  2. Rendam dalam air garam (yang Ni saya rendam semalaman) and lepas tu pastikan basuh bersih-bersih Dan toskan.

Stage kedua: Bubur manis

  1. Yang Ni kanji yang diperlukan utk mempercepatkan proses peraman.
  2. Masukkan 1/3 cawan tepung beras, 2 cawan air dan 1/3 cawan gula halus (saya guna gula perang).
  3. Masak atas api sampai jadi likat. Sejukkan.

Stage ketiga: Bahan Blend

  • 1 bijj bawang Holland, 3 ulas bawang putih, halia 1 inci, buah pear 1 biji, sos ikan 6 sudu besar. Blendkan sekali.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kek Batik Coklat dengan 4 bahan sahaja. Rasa memang terbaik!

Stage keempat: Penyatuan

  1. Yang Ni. Kita campurkan Bahan kedua Dan ketiga. Masukkan 2 peket kecil serbuk cili Baba’s. Lepas dah sebati adunan Ni.
  2. Masukkan lobak yang dipotong memanjang Serta Daun bawang (tengok gambar) dengan Kobis tadi.
  3. Gaul rata adunan cili tadi dengan campurkan Kubis, lobak Dan Daun bawang tadi. Pastikan betul-betul sebati semuanya.
  4. Biarkan adunan Kobis Ni pada suhu bilik at least dua Hari sebelum transfer ke Peti sejuk. Saya isi dalam bekas siap-siap cuma Tak tutup rapat. Sebab nak biar oksida keluar time proses peraman.

P/s: kimchi Ni sangat sedap utk buat kimchi jjigae, pancake, nasi goreng.Dan of course sangat sedap makan dengan megi.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nur Ashikin A Ridzuan. Terima kasih.

Baca juga :  Senang je nak buat Kuah Yong Tau Foo ni. Yang penting puas hati!
error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.