Cara untuk membuat Macaroni Goreng Ayam atau daging. Menu sarapan yang terbaik untuk anda.

Resepi ni simple sangat. Anak-anak suka ibu lagi gembira. Sesuai sangat untuk bawak bekal. Terima kasih kepada Puan Syuhada Zul kerana berkongsi resepi ini.

Bahan-bahan untuk membuat macaroni goreng:

  • 200 gram Macaroni. Rebus dan letak sikit garam dan minyak semasa merebus.
  • Daging / ayam cincang.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 1 sudu besar sos cili.
  • 2 sudu besar tomato.
  • 2 sudu besar kicap manis.
  • Lada benggala kuning merah di potong dadu.
  • Garam, Lada hitam dan gula secukupnya.

Bahan-bahan tumis:

  • Bawang Merah dicincang.
  • Bawang putih 3 ulas dicincang.
  • Cili boh untuk pedas secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis sampai naik bau wangi. Masukkan daging. Goreng sebentar.
  2. Kemudian, masukkan sos dan kicap dan gaul hingga rata.
  3. Tambah sayur tadi. Seterusnya masukkan gula, garam dan lada hitam.
  4. Akhir sekali masukkan macaroni. Boleh juga letak daun kucai dan tomato jika suka.
  5. Siap dah. Kalau ade sos Prego tak yah susah-susah sediakan sos lain.
Baca juga :  Cara untuk membuat Tepung Menggoreng Pisang yang sangat rangup, mudah dan ringkas!

Dalam video saya tak letak cili boh sebab nak anak saya makan sebab dia tak suka pedas. Senangkan, Insyallah air tangan ibu tu terbaik untuk anak dan untuk sang suami. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.