Cara untuk membuat Makaroni Bakar Keju. Menu kegemaran anak-anak yang sangat enak.

Kami nak kongsikan kepada anda resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Hidayati Hana iaitu Cara untuk membuat Makaroni Cheese Baked. Menu kegemaran anak-anak yang sangat enak.

Makan untuk sarapan ni boleh tahan sampai tengahari nanti. Nak buatnya pun mudah je. Jom la kita cuba. Selamat memasak semua.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 bungkus pasta makaroni direbus sehingga lembut.
  • Isi ayam secukupnya.
  • 4 batang sosej.
  • 1 batang lobak merah.
  • Sedikit capsicum hijau dan merah.
  • Bawang holland dan Bawang putih didadu.
  • Sos prego.
  • Cili flakes/serbuk cili kasar.
  • Sedikit sos tiram dan Sedikit sos cili.
  • Garam dan perasa secukup rasa.

Bahan untuk membuat Sos Putih:

  • 1 cawan susu segar atau 1 kotak kecil 300ml.
  • 2 keping cheese slice.
  • 1 sudu besar butter.
  • 1 sudu besar tepung gandum (bubuh air sikit).
  • Garam dan gula secukupnya jika suka.
  • Keju mozarella atau parmesan secukupnya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Macaroni Goreng Ayam atau daging. Menu sarapan yang terbaik untuk anda.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang. Seterusnya masukkan isi ayam dan sosej.
  2. Masukkan sos prego dan cili flakes. Masukkan pula sos tiram, sos cili dan garam. Seimbangkan rasanya bagi puas hati kemudian baru masukkan makaroni yang telah direbus sehingga kembang dan capsicum. Kacau sehingga sebati kesemuanya dan perasakan. Bila dah puas hati boleh tutup api.
  3. Untuk sos putih pula, panaskan butter hingga cair kemudian masukkan susu dan cheese slice tadi. Kacau hingga sebati dan masukkna tepung gandum memekatkan lagi sos putih kita tadi. Perasakan dengan garam dan gula sehingga puas hati.
  4. Bila dah mendidih tutup api dan ketepikan sekejap.
  5. Sediakan loyang kemudian masukkan makaroni dulu, ratakan dan kemudian baru tuangkan sos putih sehingga rata dan taburkan cheese. Ulang langkah tadi sehingga habis makaroni kita. Saya buat 3 layer je.
  6. Akhir sekali, bakar dalam oven menggunakan suhu 170 darjah selama lebih kurang 30 minit.
  7. Bila dah siap bakar, boleh la dinikmati bersama yang tersayang.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Tandoori

Selamat mencuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.