Rahsia untuk membuat Air Bandung Laici Cincau yang paling padu di alam semesta.

Air Bandung Laici Cincau Sedap Kaw Kaw. Yerlah,mana tak sedap bila bahan-bahan cukup dan air kosong langsung tak letak. Harapkan daripada air laici,air dari ais mencair.

Sukatan ni Ben buat untuk 2 jug saiz ni. Akak boleh bahagi dua jika perlu. Oh ya tips rahsia nak dapatkan potongan cincau cantik ialah kita sagat pakai sagat lubang besar. Hasilnya memang cantik.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 tin laici.
  • 1 tin susu cair.
  • 1 tin susu pekat.
  • 3 sudu makan kacang tanah tumbuk.
  • 3 1/2 sudu makan sirap cap rose.
  • 1 sudu makan biji selasih.
  • 5 – 6 biji kurma merah.
  • 50 – 60 gram cincau hitam.
Baca juga :  Cara untuk membuat Popia Goreng Sira yang garing dan tahan lama tanpa lemau!

Cara membuatnya:

  1. Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau.
  2. Masukkan susu pekat,susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.
  3. Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda,boleh juga tapi Ben suka cara camni. Silakan.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Encik Ben Safwan. Terima kasih ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.