Resepi untuk membuat Biskut Dam. Kuih paling klasik dan tradisional untuk anda cuba!

Resepi untuk membuat Biskut Dam. Kuih paling klasik dan tradisional untuk anda cuba! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Athirah Mazalan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan planta.
  • 1/2 cawan gula castor.
  • 1 biji telur.
  • 3 sudu besar serbuk koko.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Pukul planta dan gula hingga kembang(guna senduk kayu je)
  2. Masuk telur dan tepung gaul sebati .
  3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diwarnakan dengan serbuk koko.
  4. Masukkan kedua-dua doh dalam plastik dan disimpan di dalam fridge selama 30 minit.

Cara melapis dam:

  1. Kemudian canaikan doh kuning dan doh koko lebih kurang 1cm tebal setiap keping. Pastikan kedua-dua doh sama saiz.
  2. Sapukan campuran putih telur di atas lapisan koko. Kemudian dilapiskan lapisan kuning di atas lapisan koko itu. Buat 4 lapis.
  3. Lepas itu lapisan yang telah siap itu dipotong-potong setebal 0.5cm ataupun 1cm setiap keping. Ketebalannya mempengaruhi besar atau kecil biskut itu.
  4. Sapukan putih telur di atas sekeping lapisan itu dan diletakkan lagi sekeping lapisan bersilih warna (kuning+koko+kuning+koko). 4 lapis kesemuanya. Kemaskan susunan itu.
  5. Di bahagian hujung lapisan yang telah menjadi seperti blok itu kita akan dapat lihat seperti susunan dam. Potongkan hujung yang tidak kemas itu dan seterusnya potonglah biskut itu setebal 1cm setiap keping.
  6. Bakar pada suhu 165C selama 10 minit.
Baca juga :  Resepi dan Cara Membuat Mee Wantan Kicap Yang Sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.