Resepi dan Cara membuat Sambal Daging

Kali ni saya masak sambal daging. Saya suka sambal daging yg ringkas ni. Biasanya kita makan sambal ikan bilis, sambal udang, sambal ikan dan sambal ayam. Kali ni kita cuba pula sambal daging.

Bahan-Bahan yang diperlukan adalah:

  • 500 g daging batang pinang. Hiriskan nipis dan kecil.
  • 1 labu bawang besar di potong gelang.
  • 1 biji buah tomato potong 6.
  • 1 tangkai cili merah potong serong.
  • 3 sudu besar sos tomato.
  • 3 sudu besar kicap.
  • 2 batang serai di ketuk.
  • 5 helai daun limau purut.
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis.
  • Garam secukup rasa.
  • Sedikit gula.
Baca juga :  Cara membuat Sambal Telur Rebus Goreng

Bahan Mesin:

  • 20 tangkai cili kering atau 1 cawan cili kisar.
  • 2 labu bawang besar.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.

Cara Menyediakannya:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan serai & bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
  2. Masukkan daging yg telah dibasuh & toskan. Masakkan sehingga daging lembut .
  3. Masukkan sos tomato, garam dan secubit gula. Kacau rata.
  4. Masukkan bawang besar dan daun limau purut. Kacau rata sekali lagi.
  5. Rasakan garam dan boleh hidangkan.

Kalau guna daging biasa, rebus sehingga empuk dan toskan .Masak seperti biasa.

Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Cuka atau Sambal Jantan. Kena sekali pasti tak cukup nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.