Resepi Mee Sup Ala Thai / Mee Rebus Pantai Timur. Sesuai dimakan bila-bila masa.

Hari-hari makan nasi bosan jugak kan. Hari ni tekak nak makan mee sup . Ada jugak yang panggil mee rebu . Nama berbeza ikut negeri kita buat mee sup ala thai ni. Resipi ni memang takde guna rempah sup tapi rase dia cenggini haaa.

Bahan yang diperlukan untuk Mee sup Ala Thai:

  • Bawang merah 6 biji (blend).
  • Bawang putih 6 ulas (blend).
  • Lada hitam 1 sudu (blend).
  • * Rempah 3 sekawan kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.
  • Ayam / daging / udang / sotong.
  • Sayur Carrot & sawi.
  • Limau kasturi (2 biji).
  • Telur, Daun sup, Bawang goreng.
Baca juga :  Cara untuk membuat menu Sotong Bakar Menangis yang akan melengkapkan juadah berbuka anda.

Cara untuk membuatnya:

  1. Tumis bahan blend dan bertanda  * sampai garing & naik bau.
  2. Masukkan bahan lauk-lauk. Masak hingga separuh masak.
  3. Masukan carrot.
  4. Masukkan air (buka api besar bagi mendidih ganas).
  5. Masukkan mee yang telah dibersihkan. Pecahkan telur. Jangan kacau kuat.
  6. Masukkan sawi.
  7. Perah limau dan sebatikan dengan perasa.
  8. Akhir sekali taburkan bawang goreng dan daun sup. Siap untuk dihidangkan.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Darl Wina. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.