Cara untuk membuat ‘Cabbage Beef Rolls’ yang padu dan sedap dengan daging yang berjus. Resepi mesti cuba!

Kami kongsikan resepi oleh Puan Shahmila Radha untuk membuat ‘Cabbage Beef Rolls’ yang padu dan sedap dengan daging yang berjus. Resepi mesti cuba! Dah jemu tiap hari ngadap nasi, boleh try resepi ni. Simple dan sedap. Budak-budak pun suka. Selamat mencuba.

Bahan-bahan inti:

  • Cabbage/kobis yang telah dikoyak setiap keping, basuh, celur dan ketepikan.
  • Daging cincang 1 paket.
  • Bawang Putih 2 ulas ditumbuk halus.
  • Serbuk Lada Putih 1 sudu besar.
  • Serbuk Cayenne Pepper 1 sudu besar.
  • Garam 1/2 sudu kecil.

Cara membuat inti:

  1. Gaul semua bahan ni dan ketepikan. Kalau taknak pedas kurangkan lada putih dan cayenne pepper.
  2. Buat inti daging macam bebola dan letakkan dalam cabbage yang dah celur.
  3. Lipat macam kita nak buat popia goreng. Kalau nak buat bentuk lain pun boleh janji intinya tak terkeluar. Ketepikan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Minyak yang mudah bersama resepi Daging Masak Briyani.

Bahan-bahan untuk Sup:

  • Akar daun ketumbar 2 batang.
  • Bawang Putih 2 ulas ditumbuk kasar.
  • Air setengah gelas.
  • Garam secukupnya.

Cara membuat Sup:

  1. Panaskan kuali, tumis semua bahan-bahan ni dengan minyak yang sedikit,kemudian aturkan cabbage rolls yang kita dah siap gulung tadi. Saya guna pan non stick supaya cabbage tak melekat dan senang nak alihkan.
  2. Kecilkan api, dan bagi cabbage garing sikit bahagian bawah dia. Kemudian masukkan setengah gelas air dan garam secukupnya.Tutup dan biarkan sampai mendidih.
  3. Waktu ni, air daging akan keluar dan meresap dalam cabbage. Kalau letak inti dalam cabbage banyak pun takpe, inti tu akan masak sepenuhnya.
  4. Bila air dah tinggal sikit, maknanya inti didalam dah masak. Sedia untuk dihidang.
Baca juga :  Resepi dan Cara membuat Daging Kicap Pedas

Bahan untuk membuat Sos Pencicah:

  • Cili Merah Kecil 8 biji.
  • Bawang Putih 2 Ulas.
  • Akar Daun Ketumbar 1 batang.
  • Sos Tiram 1 Sudu.
  • Sos Ikan 1 Sudu.
  • Gula Merah 1/2 Sudu.
  • Garam Secukupnya.
  • Perahan Air Lemon 2 Sudu.
  • Daun Ketumbar (Hiris Kasar).

Cara membuat Sos Pencicah:

  1. Tumbuk halus cili merah dan bawang putih, kemudian gaul dengan semua bahan di atas.
  2. Perasakan secukupnya ikut selera maaing-masing. Siap!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.