Resepi untuk membuat Ayam Goreng Honey Garlic Korea yang bakal memikat selera anda.

Ayam Goreng Honey Garlic Korea. Anak anak mesti suka ayam goreng tepungkan? Lagi-lagi kalau ayam korea. Nak beli sos korea tu pedas sangat! Rasa biasa-biasa je. Dahla mahal. Jom cuba resepi simple ni ! Buat sendiri je tau. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Syarah Amanina. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kepak ayam potong 2 (drummet dan wing).
  • Tepung bestari spicy.
  • Cili kisar.
  • Sos cili / sos tomato.
  • Serbuk cili ( optional ).
  • Cili api/ padi.
  • Bawang putih.
  • Madu.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. First gaul ayam dalam tepung bestari. Lepas dh rata, celup ayam-ayam dalam air sejuk. Then gaul balik dalam tepung. Untuk jadikan dia lebih crispy!
  2. Macam biasa lepas salut tepung mestilah kita gorengkan. Waktu dah masuk dalam minyak panas, jangan sesekali kacau. Biar je dalam 2 minit pastu baru pusingkan dia. Make sure ayam tenggelam dalam minyak panas tu tau ketika menggoreng.
  3. Ha cara masak sos sangat simple! Sebijik macam sos 4fingers. 4 ulas bawang putih, cili kisar 2 sudu, sos cili / tomato 2 sudu. Cili api 3 biji. Boleh kurangkan kalau tak suka pedas sangat. Blendkan semua.
  4. Tuang sikit minyak dalam kuali. Sikit je tau. Tumis semua bahan blend. Kacau-kacau semuanya. Letak sikit serbuk cili. Kacau-kacau lagi. Taknak pecah minyak sangat pun. Kang jadi sambal tumis pulak.
  5. Agak-agak dah takde bau cili kisar tu, tuang 1 sudu gula dan madu. Madu ikut suka nak banyak mana. Saya pakai tuang je then rasa. Time rasa tu dia memang rasa manis-manis pedas. Sos dah sejuk baru gaul-gaul dengan ayam tau.
Baca juga :  Resepi Bengkang Ubi Kayu yang menarik dan memikat selera kita semua.

Bila dah gaul semua dan sos dah sebati dengan ayam time ni lah baru rasa dia sebijik sama mcm kat 4fingers tu semua. Hehehe selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.