Resepi Biskut Bangkit Santan

Biskut orang-orang lama. Siapa nak makan kena la gigih menguli, menekap dan membakar.

Bahan-bahan:

  • 3 cawan rata tepung ubi kayu.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan atau lebih pati santan dari sebiji kelapa atau santan kotak.
  • 1 cawan rata gula ising untuk manis sederhana. Kalau nak manis betul gunalah gula halus/gula kisar.
  • 2 biji kuning telur grade B.
  • sehelai daun pandan disiat dan disimpul.

Cara-caranya:

  1. Campur kedua-dua jenis tepung, daun pandan lalu digoreng tanpa minyak (sangai) dalam kuali hingga ringan. Kemudian ayak dan sejukkan.
  2. Masukkan gula ke dalam mangkuk. Campurkan telur lalu dikacau hingga sebati dan kembang.
  3.  Masukkan tepung, santan sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh. Kuih bangkit ni kena banyak uli. Uli dengan tapak tangan macam uli doh sehingga tidak melekat ditangan.
  4. Ambil seketul doh, gelek dengan penggelek dan tekap dgn acuan ikut bentuk kesukaan anda.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 160 darjah celcius selama 30 minit atau hingga masak. Ikut kepanasan oven masing-masing.
  6. Siap dan bolehlah dimakan.
Baca juga :  Tuna Thai Bread menu minum petang terbaik untuk anda sekeluarga. Jom cuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.