Cara untuk membuat Kuih Bangkit Cheese yang mudah serta enak untuk anda sekeluarga!

Salam. Ni saya share resepi yang saya buat jual. Saya jarang share resepi online sebab malas nak taip. Tapi bila ada kawan FB minta saya OK jer nak share. Jom la cuba resepi Bangkit Cheese yang telah dikongsikan oleh Puan Hadid Al Has. Terima kasih dan selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 cawan tepung ubi disangai sampai ringan.
  • 3 cawan tepung jagung disangai sampai ringan.

Bila dah sejuk campurkan 1 sudu kecil baking powder kemudian ayakkan.

  • 1 ketul butter (250gm).
  • 1 cawan gula halus.
  • 250gm cream cheese.
  • Cheedar cheese 250gm.
  • 2 biji kuning telur.
  • 1 sudu kecil esen vanilla.
  • 1/2 cawan susu pekat.
Baca juga :  Cara membuat Kuih Koci Pulut Hitam Padu dan Enak. Ketagih untuk mengunyah tau lepas rasa sekali. Cubalah!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Pukul sampai kembang 1 ketul butter bersama 1 cawan gula halus dan 250gm cream cheese. Guna senduk kayu pun boleh.
  2. Masukkan 2 biji kuning telur. 1 sudu kecil esen vanilla dan 1/4 cawan susu pekat. Kacau sebati.
  3. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit berselang-seli dengan parutan cheedar cheese 250gm.
  4. Kemudian, Uli doh sehingga sebati. Rehatkan doh tadi selama 10 minit. Bila dan rehat, boleh la terap/tekap ikut bentuk yang anda suka. Saya guna sukatan cawan metrik.
  5. Bila dah siap terap/tekap, bakar selama 25 minit guna suhu 175 darjah. Ikut oven masing-masing ya.
Baca juga :  Resepi dan Cara Membuat Sandwich Telur Viral

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.