Biskut orang-orang lama. Siapa nak makan kena la gigih menguli, menekap dan membakar.
Bahan-bahan:
- 3 cawan rata tepung ubi kayu.
- 1/2 cawan tepung gandum.
- 1 cawan atau lebih pati santan dari sebiji kelapa atau santan kotak.
- 1 cawan rata gula ising untuk manis sederhana. Kalau nak manis betul gunalah gula halus/gula kisar.
- 2 biji kuning telur grade B.
- sehelai daun pandan disiat dan disimpul.
Cara-caranya:
- Campur kedua-dua jenis tepung, daun pandan lalu digoreng tanpa minyak (sangai) dalam kuali hingga ringan. Kemudian ayak dan sejukkan.
- Masukkan gula ke dalam mangkuk. Campurkan telur lalu dikacau hingga sebati dan kembang.
- Masukkan tepung, santan sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh. Kuih bangkit ni kena banyak uli. Uli dengan tapak tangan macam uli doh sehingga tidak melekat ditangan.
- Ambil seketul doh, gelek dengan penggelek dan tekap dgn acuan ikut bentuk kesukaan anda.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 160 darjah celcius selama 30 minit atau hingga masak. Ikut kepanasan oven masing-masing.
- Siap dan bolehlah dimakan.