Resepi dan cara membuat Kuih Ketayap. Kuih yang menjadi kegemaran ramai orang.

Kuih ketayap ni mesti ramai peminatnya kan? Yela waktu kecil-kecil dulu kuih ni la yang banyak dijual dan dibuat oleh mak-mak kita.  Salah satu sebabnya kuih ni mudah untuk dibuat. Jadi kali ni kami kongsikan kepada anda resepi dan cara untuk membuat kuih ketayap ni. Selamat mencuba.

kredit gambar kepada Shima Home Bakers.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kulit kuih ketayap ni adalah seperti berikut:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu besar tepung ubi. Letak tepung ubi supaya kulit tak mudah koyak.
  • 1 biji telur ayam.
  • 2 sudu besar minyak masak.
  • Air secukupnya.
  • Secubit garam.
  • Pewarna hijau atau air daun pandan yang dikisar.
Baca juga :  Cara untuk membuat Horlicks Famous Amos Cookies. Biskut Raya yang sedap dan mudah disediakan.

Cara-cara untuk membuat kulit kuih ketayap:

Kisarkan semua bahan diatas. Jadikan bancuhan bahan-bahan tadi supaya jangan terlalu cair sangat dan jangan pekat sangat. Agak-agak sahaja. Gunakan 1 senduk adunan tadi di atas kuali (lenggangkan). Jika nak hasil yang cantik guna Kuali Leper (Pan) dan kalau nak saiz yang sama gunakan senduk bulat. Buat sampai habis adunan yang ada.

Bahan-bahan untuk membuat inti kelapa pula adalah seperti berikut:

  • Kelapa parut separuh.
  • Gula merah.
  • Gula pasir.
  • Secubit garam.
  • Sedikit air lebih kurang 1/2 cawan air untuk melarutkan gula sahaja.
  • 1 sudu besar tepung ubi.
  • Sehelai daun pandan.
Baca juga :  Resepi Kuih Sagu Kesukaan ramai. Kuih ni memang popular disebabkan mudah untuk dibuat. Cubalah!

Caranya adalah dengan memasak gula pasir, gula merah sehinga melarut larut. Kemudian masukkan kelapa parut kedalam larutan air gula tadi. Selepas itu masukkan pula garam dan tepung ubi dan gaul sehingga serata semua rasa. Biarkan kering sikit dan siap. Kemudian bolehlah membalut kuih ketayap tadi menggunakan bahan yang telah tersedia.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.