Resepi Bihun Sup Mudah paling padu dan enak! Cili kicap dia memang marbeles!

Menu ni bukan tak jadi. Tapi sebab asyik menunda hari cikgu nak buat lagi. Nama masakannya bihun sup mudah. (Mudah pun ikut mood juga nak masak) Aha. Lengkap sekali dengan sambal kicap tu. Tak boleh kata apa dah. Sedap sangattt.

Cikgu kongsi resepilah kot ada kawan di sini yang teringin nak cuba. Resepi Bihun Sup Mudah ini telah dikongsikan oleh Cikgu Afy. Terima kasih.

Sediakan bahan sup ringkas

  1. Masukkan 4 ketul ayam + kaki dan leher ayam dalam periuk.
  2. Penuhkan air dan masukkan satu rempah sup bunjut.
  3. Biarkan kuah sup mendidih perlahan.
  4. Perasakan dengan satu kiub ayam knorr dan garam secukupnya.
  5. Keluarkan isi ayam selepas masak. Goreng seketika dan carikkan isi ayam tersebut. Selepas itu, keluarkan semula rempah sup bunjut tadi untuk menghasilkan kuah yang tidak beraroma kuat.
Baca juga :  Resepi Bihun Tomyam Pekat Piaw. Senang je nak buat. Jom la cuba!

Penyediaan bihun

  1. Didihkan air. Masukkan bihun. Tambahkan sedikit serbuk kunyit. Kacau.
  2. Selepas melembut, tapis airnya.
  3. Lalukan bawah air seketika. Toskan.

Penyediaan Sambal Kicap Berapi

  1. Segenggam cili padi hijau dipatah-patahkan.
  2. 4 ulas bawang putih.
  3. Goreng seketika dua bahan di atas.
  4. Masukkan dalam bekas pengisar.
  5. Tambahkan kicap Jalen lemak manis menutupi paras bahan tadi. Masukkan sedikit kicap pekat dan kicap cair.
  6. Perasakan dengan sedikit gula dan secubit garam.
  7. Kisar sehingga lumat.

Cara hidangan:

  1. Masukkan segenggam bihun.
  2. Masukkan kuah menutupi bihun.
  3. Lengkapkan dengan isi ayam, *fishball* dan *sayur* (dicelur seketika).
  4. Taburkan dengan daun sup serta bawang goreng.
  5. Masukkan satu sudu kecil sambal kicap dan perah asam limau.
Baca juga :  Resepi Sambal Hitam menggunakan Tomato yang menyelerakan. Rasa sekali pasti bertambah nasi.

Sedia untuk dinikmati. Sedapnya sampai tak terucap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.