Resepi Kerabu Sotong tanpa menggunakan Sos Ikan

Resepi Kerabu Sotong Tanpa Sos Ikan. Ramai kata kena letak sos ikan tu baru sedap buat kerabu sotong kan. Kalini cheyah takde stok sos ikan, tapi nak makan jugak kerabu sotong ni. Cheyah gantikan dengan sos seafood adabi.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Bahiah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 ekor sotong sederhana besar.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 1 biji bawang merah.
  • 7 biji cili padi hijau.
  • 1 batang serai.
  • 5 biji tomato ceri.
  • 2 biji limau nipis.
  • 1 sudu sos seafood adabi.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Siakap Masak Butter Lemon

Cara penyediaannya:

  1. Potong sotong bulat-bulat. Panaskan air dan rebus sotong dalam 2-3 minit. Toskan.
  2. Kemudian, bawang putih dicincang, bawang merah, serai, cili dan tomato dihiris.
  3. Masukkan sotong ke dalam mangkuk. Letak bahan yang kita potong. Tambah satu sudu sos seafood dn perah asam limau.
  4. Kacau sebati. Biarkan dalam peti ais selama 5-10 minit supaya ia sebati dan boleh dimakan.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.