Dah jemu makan bihun goreng yang biasa? Jom cuba Bihun Goreng Siam pulak!

Mee siam goreng adalah hidangan mee yang sangat popular di Singapura dan Malaysia. Ada mee siam “kering” dan “basah”. Kering, bermaksud mee digoreng dan basah bermaksud mi disajikan dengan kuah.

Versi yang saya buat di sini adalah versi “kering” atau tumis. Sekiranya anda belum mencuba Rasa keenakan mee siam. saya Akan sediakan bahan-bahan dan cara memasak. Terima kasih kepada Puan Nurul Ateekah kerana berkongsi resepi hebat ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 bungkus bihun. Di rendam dengan air biasa sehingga lembut dan toskan.
  • Taugeh.
  • Kucai dipotong.
  • Udang secukupnya.
  • Fishball 10 ketul dibelah-belah.
  • Tauhu 1 ketul besar di potong dadu.
  • * Tauchu 2 sudu besar.
  • * Udang kering 2 sudu besar.
  • * Cili kering 10-15 batang.
  • * Bawang besar 2 biji.
  • * Bawang putih 7 ulas.
  • Serbuk Belacan 1 sudu kecil.
  • Serbuk kunyit 1 sudu kecil.
  • Sos ikan 1 sudu kecil.
  • Sos tiram 2 sudu besar.
  • 2 kiub Knorr ayam.
  • Minyak masak secukupnya.
Baca juga :  Resepi Bihun Goreng Tomyam yang akan buat akan makan bertambah-tambah.

Bahan-bahan untuk hiasan:

  • Cili merah.
  • Bawang goreng.
  • Telur dadar dipotong hiris.
  • Tauhu di potong dadu dan di goreng.
  • Limau kasturi di belah dua.

Cara-cara untuk memasaknya:

  1. Kisarkan bahan yang bertanda * sehingga hancur. Kemudian panaskan minyak dan goreng tauhu sehingga garing.
  2. Di dalam kuali, gunakan minyak yang sama untuk menumis bahan yang telah dikisar sebentar tadi. Tumis sehingga masak dan pecah minyak.
  3. Apabila cilinya sudah masak, masukkan kiub ayam, Sos tiram dan serbuk belacan. Gaul seketika.
  4. Masukkan udang dan fish ball ,biarkan ianya masak bersama cili.
  5. Pecahkan 2 biji telur. Gaul sehingga menjadi telur hancur.
  6. Masukkan bihun, kucai dan taugeh. Gaul sebati sehingga masak.
  7. Akhir sekali, masukkan Sos ikan. Gaul seketika sehingga berasap dan padamkan api dapur. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba.

Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Goreng Ikan Masin. Rasa sekali pasti rindu nanti!

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.