Cara untuk membuat Sup Tulang Ala Thai paling power dan sedap. Resepi wajib cuba tau!

Musim korban kompom dapat daging atau tulang orang bagi kan. Asyik sup biasa jer jom try pulak sup ala kedai siam yang sangat simple. Kat bawah ni  Puan Hamizah Hassanudin telah berkongsi resepi untuk ada semua cuba. Resepi ni serius memang sedap sangat, try la.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1kg tulang direbus dahuu dengan halia sampai empuk.
  • Serai 2 – 3 batang diketuk.
  • Lengkuas 1 inci diketuk.
  • Bawang putih 3 ulas diketuk.
  • Bawang holland 1 biji dihiris.
  • Bawang besar 1 biji dihiris.
  • Halia 1 inci diketuk.
  • Akar ketumbar diketuk.
  • Daun limau purut 3 atau 4 helai.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rebus dulu daging atau tulang tu yek. Kalau ada pressure cooker lagi senang. Rebus sampai empuk tau. Tau mau empuk kang time makan Gigi pun boleh patah.
  2. Tumis semua bahan di atas sampai layu kecuali daging. Jangan sampai hangus.nanti tak sedap jadi pahit pulak.
  3. Kemudian korang masukkan bahan tumisan tadi dalam tulang yang dah di rebus bersama air rebusan tadi. Tunggu sekejap bagi mendidih seketika ya.
  4. Lepastu masukkan air lemon, ikut la selera masing-masing. Nak masam lebihkan air limau tu. Kalau taknak masam sangat kurangkan sikit.
  5. Hiriskan batang saderi,tomato,cili hijau , cili merah dan jugak hirisan bawang holland. Campakkan semua tu ke dalam sup tadi. Kacau-kacaukan dia bagi sebati.
  6. Taraaa siap dah. Pastu korang tabur la daun ketumbar or daun sup, bawang goreng ker & perasa, Siap!
Baca juga :  Sedapnya la Ikan Siakap Masak Stim Masam-masam manis ala Restoran Siam ni. Jom Cuba!

Perghhh dapat hirup kuahnya masam-masam pedas tu aduiii sedap beno. Sedut pulak lemak lemak tang dalam tulang tu. Memang terbaik la. Selamat mencuba.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.